Sementara menunggu keputusan model pelaksanaan 5G yang bakal diumumkan pada Rabu depan, pelbagai usaha sedang giat dibuat oleh KKMM mahu pun pihak penyedia perkhidmatan rangakaian untuk menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Malaysia.

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Multimedia memaklumkan Kementerian dibawahnya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merancang untuk menambah pencawang telefon selular di negeri Johor.

Sumber Gambar: Wikipedia

Beliau juga memaklumkan bahawa penambahan jumlah pencawang telefon selular di Johor itu akan lebih ditumpukan di Kota Tinggi. Sebanyak 13 pencawang baru telah dirancang akan dibina di Johor dengan satu daripadanya sudah pun berjaya disiapkan. Selain itu, stesen pemancar sedia ada juga akan dinaik taraf di mana sebanyak 70 buah pencawang telah pun selesai dinaik taraf.

Setakat suku keempat 2021 yang lalu, liputan 4G di Johor berada pada paras 98.68% dan angka berkenaan disasarkan akan meningkat kepada 99.14% menjelang akhir tahun 2022. Manakala bagi kelajuan pula sudah mencecah 28.15Mbps dan menyasarkan  peningkatan sehingga  35Mbps.

Tahukah anda antara daerah yang mempunyai jumlah aduan masalah tertinggi rangkaian telekomunikasi di Malaysia adalah di Johor?

50 Daerah Dengan Jumlah Aduan Masalah Tertinggi Rangkaian Telekomunikasi Di Malaysia

JENDELA Laporkan Menerima Sekitar 200,675 Aduan Berkaitan Masalah Internet Sepanjang 2021

Sumber